Translate

Tuesday, 18 December 2012

agama


"Islam? Islam tu takde kemajuan.. Islam tu kolot.. Kalau ikut Islam jerr, jatuh larr kemajuan..  Semua tak boleh.. Tu haram, ni haram, sana haram, sini haram.. Klau sume benda nak haram, macam mana nak maju?"

Itu lah kata-kata biadap dari segelintir orang kita.
Mereka fikir Islam itu ialah agama padang pasir yang menunggang unta dan memakai topeng ninja semata-mata.
Mereka fikir Islam mengajar untuk hidup cara orang padang pasir yang berpindah randah, makan belalang, tidur sebelah unta dan makan kurma sahaja.
Padahal mereka 100% SILAP!!


Islam itu agama yang sempurna. Ia meliputi semuanya. Kerana Islam ialah agama yang mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya. Islam mengajar cara hidup, cara berekonomi, berpolitik, ilmu sains, adap, akhlak dan pelbagai lagi.
Islam ialah satu-satunya agama yang mementingkan zahir dan rohani.
Seperti agama lain, Islam juga mengajar adab dan akhlak.
(memang ada segelintir Islam yang biadab dan kuangajarr)

"Don't judge a religion by its follower. Judge religion by its divine or holy book."
-Dr. Zakir Naik-

Bukti Islam itu sempurna,

1. PERSONALITI
 Islam mengajar kita adab dan akhlak. Setiap umat Islam MESTI menjadikan nabi junjungan besar Muhammad SAW sebagai mentor dan ikutan. Kerana baginda ialah contoh terbaik. Tiada personaliti yang lebih baik dari Muhammad SAW.Jejaka yang sentiasa senyum, sentiasa berwangi, yang sentiasa bersopan, sentiasa jujur. Muhammad SAW ialah orang yang paling layak menjadi mentor.
(bukannya Mas Idayu, Hattan tu sume . tu mentor teriak-nyanyi buleh larr)
ini kah sbb islam mundur?



2. BERMASYARAKAT
Islam mengajar kita adab dari aspek demi aspek. Kita ada adab berjiran. Islam memperjirankan 40 rumah ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah, ke sisi, atau segala penjuru. Islam menggalakkan ziarah menziarahi sesama masyarakat tak mengira agama dan bangsa. Dan Islam menekankan perkataan Silaturrahim sehinggakan semua umat Islam dianggap bersaudara dan Al-Quran memanggil manusia dengan nama 'Bani Adam' yaitu anak adam. (kaum anak adam)
(tak perlulah lagi nk menamakan yg ni masyarakat india, yg ni cina, yg ni melayu, yg ni bajau dn sebagainya)
kerana kita 'Bani Adam'.
adakah bermasyarakat membuatkan islam mundur?


3.UNDANG-UNDANG
Sebelum adanya pelbagai undang-undang parlimen dan kanun-kanun di setiap negeri,  Islam telah mengajar kita undang-undang yang dipanggil Hukum Hudud.. Bukan sahaja hukum ini, tapi ada juga hukum lain yang dipanggil hukum kisas. Hukum ini sememangnya adil. Semangnya hukum ini memberi hukuman yang berat, tapi syarat hukuman juga ketat. Contoh:
Orang mencuri potong tangan.
Jika pencuri mencuri kerana terpaksa, (kalau tak curi tak dpt duit beli makanan)
maka ia tidak di hukum.
Jika saksi, mesti ada sekurang-kurangnya 4 saksi.
(perlukah lagi segala kanun lanun yang ada jika kita ada hukum yang lebih adil)
Kini, Hudud tidak dijalankan di M'sia kerana mereka fikir hudud itu perjuangan parti.
adakah undangx2 membuatkan islam mundur?



4.BERPOLITIK
Islam menolak rasuah sekeras-kerasnya. Dan Islam juga sebenarnya ada sistem politik sendiri. Ia dipanggil sistem syura'.
Sistem Syura' mengatakan 2 perkara.
Allah ialah Al-Maliq (Raja Mutlaq yang empunya seluruh kerajaan)
Allah ialah Al-Hakam (Pengubal Hukum)

Sistem Demokrasi mengatakan 2 perkara yang berbeza.
Kerajaan ialah Al-Maliq
Parlimen ialah Al-Hakam
Islam mengajarkan cara berpolitik dan agama lain tidak. Ini menunjukkan Islam lebih maju dari apa yang mereka fikir.
adakah berpolitik membuatkan islam mundur?



5.BERNIAGA DAN BEREKONOMI
Islam menolak Riba' sekerasnya. Dan tidak boleh menipu di dalam jual beli. (menipu luar jual beli pon x bleh)
Dan sejak dari dahulu lagi, matawang kita ialah Emas, Perak dan Gangsa. (Dinar, Dirham, Fulus)
Ia ialah matawang yang terbaik sepanjang zaman. Quran mengsinonimkan emas dengan syurga sebagai nikmat di sana. Sehinggakan Nabi Sulaiman A.S yang memiliki kuasa empiyar terbesar di dunia tak tertanding pun masih mengekalkan penggunaan emas di zamannya. Kegemilangan empiyer dulu seperti Hindi, Melaka, Monggol dan yang lain-lain juga kerana ekonomi emas. Dan ia diteruskan pada zaman Nabi SAW, zaman Ar-Rasyidin, Umyyah, Abbasiyah dan seterusnya.. (tp x berkekalan skarang)
(tak tau larr knp skarang sebok nk tukar kertas dan besi biase jerr..bangge dgn Poundsterling, US Dolar, Euro Prancis dn sebagainya...)
adakah berniaga dan berekonomi tidak memajukan?



6.AKHLAK DAN ADAB
Islam mengajar kita untuk beradab dan berakhlak sentiasa.
Sehinggakan dalam perperangan juga ada adabnya..
Ada adab di tempat ibadat agama lain, ada adab bergaul dgn agama lain..
Ada adab antara pemimpin dengan pemimpin.
Islam mementingkan adab dan akhlak dlm segala hal.
 Adakah adab membuatkan Islam tidak maju?




MENGAPAKAH ISLAM DIKATA KOLOT SELEPAS AJARANNYA MEMBAWA KEPADA KEMAJUAN?

No comments:

Post a Comment