Translate
Monday, 31 December 2012
Juma'at
"Assalamualaikum sayang. Abang tak sempat balik rumah. Abang singgah dekat masjid dulu. Sembahyang jumaat. Sayang makan dengan anak-anak dulu ye." Mokhtar menaip mesej kepada isterinya, Khairunnisa.
Seketika kemudian, *1 message received*
"Waalaikumussalam. Ok abang, bawak kereta elok-elok ye." Balas Khairunnisa. Ringkas.
Kereta Honda Civic, dipandu Mokhtar. Cermat dan berhemah pemanduannya. 10 minit kemudian, Masjid Batu Permai tersergam dihadapannya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"
(Surah Al-Jumu'ah ayat 9)
"Haa, dah azan kedua rupanya. Alhamdulillah, sempat lagi dengar khutbah ni", Mokhtar bermonolog sendirian.
Jemaah di masjid itu tidak terlalu ramai. Tidak sesak. Mungkin sahaja kerana kedudukannya yang tidak begitu strategik. Selesai sudah Mokhtar mengambil wuduk, khutbah pun dimulakan.
Mokhtar memerhatikan sekeliling. Dia mengerutkan dahinya, sambil mengetap bibir. Ramai jemaah yang sedang khusyuk memandang lantai.
"Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.............." Khatib membacakan khutbah. Lesu penyampaiannya. Tidak bertenaga.
Terdetik dalam hati Mokhtar, "hmm, tak hairanlah, masjid jadi tempat tidur je, penyampaian khutbah pula, subhanallah."
Sengaja saya datangkan kisah seperti di atas, agar kita sama-sama berfikir. Mungkin juga kita sendiri pernah mengalami situasi sedemikian. Bagi yang menyedarinya, Alhamdulillah. Bagi yang sekadar acuh, moga sama-sama kita memperbaikinya. InsyaAllah~
Ambil Peluang Sebaiknya
Perkara sebegini sering sahaja berlaku. Tidak dinafikan, waktu khutbah jumaat adalah antara waktu yang begitu menjadi pilihan untuk tidur, tidak kira golongan muda atau tua.
Sembahyang jumaat adalah antara waktu muslimin akan berkumpul bersama-sama untuk berjemaah. Tidak dilakukan berseorangan. Waktu inilah latihan bagi golongan lelaki yang liat ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah, akan turut sama berkumpul di masjid. Mungkin sahaja akan pergi ke masjid seminggu sekali, itupun hanya pada waktu sembahyang jumaat.
Seharusnya menjadi inisiatif para khatib untuk menyampaikan teks khutbah dengan lebih bertenaga. Malah, gunakan intonasi dan gaya bahasa badan yang lebih menonjol, agar suasana di dalam masjid tidak menjadi hambar.
Bagaimana ingin menarik minat golongan yang jarang hadir ke surau, sekiranya peluang sebegini tidak digunakan sebaiknya? Sudahlah mereka hadir ke masjid seminggu sekali, disajikan pula dengan khutbah dan tazkirah yang begitu hambar. Sebaiknya, inilah masa yang terbaik, untuk memberi kesedaran kepada mereka agar mengamalkan cara hidup Islam yang lebih sempurna. Dakwah secara berhikmah dan berhemah, bukan sekadar membaca teks semata-mata.
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah n-Nahl ayat 125)
Sampaikanlah khutbah dengan lebih bersemangat, agar terkesan di hati-hati jemaah yang hadir untuk solat jumaat. Bukan hanya pulang dengan hati yang kosong. Tiada perubahan.
Sungguhpun begitu, tidak boleh salahkan khatib semata-mata. Kita juga perlu mempunyai kesedaran sendiri. Sudahlah jarang datang ke masjid, inikan pula jarang menghadiri majlis ilmu atau ceramah. Sebaiknya, sedarlah diri. Mungkin sahaja kita hanya mendengar khutbah atau tazkirah, seminggu sekali. Itupun ketika sembahyang jumaat. Patutkah kita tidur? Fikir-fikirkan.
Sunday, 30 December 2012
{Selamat tinggal 2012}
Berbagai kisah telah berlaku sepanjang tahun 2012. Apa yang tidak boleh dilupakan ialah khabar angin mengenai Kiamat 2012.
Selepas pukul 12am malam ini, merupakan kehapusan "sangkaan" dan "Blockbuster Movie" mengenai Dunia Kiamat 2012.
Ia merupakan pengajaran yang amat bermakna kepada kita semua agar tidak terlalu senang percaya kepada khabar angin dan terus mendalami ilmu dan mencari kebenaran dari Islam.
Saturday, 29 December 2012
[Wahai Penuntut Ilmu]
"Orang yang menuntut ilmu dengan kesombongan dan kebanggan diri tidak akan berjaya. Tetapi orang yang menuntutnya dengan rendah hati, bersahaja dan menghormati ulama, merekalah yang akan berjaya"
[Abu Abdullah Muhammad Ibn Idris aka Imam Syafie rahimahullah]
Dalam kita mencari ilmu, rendahkah diri dan usah sombong dengan sedikit ilmu yang telah kita perolehi. Usahlah menyibukkan diri dengan mencerca serta merendahkan para ulamak yang telah menabur bakti dan jasa yang tidak terhingga dengan menghasilkan kitab-kitab yang masih menjadi rujukan kita pada hari ini. Walaupun kita berbeda pendapat, namun hormati mereka.
Mereka dah meninggalkkan kita dengan kitab-kitab sebagai bukti keilmuan mereka, kita dah mengarang berapa kitab? Usah sombong, usah ujub, usah terperangkap dalam talbis iblis (perangkap iblis)... Hadis berikutnya yang diriwayatkan oleh Ibn Umar Radiyallahu Anhu adalah peringatan untuk diri saya dan anda semua;
"Barangsiapa menuntut ilmu untuk berdebat dengan ulama, meninggi atas orang-orang jahil ataupun untuk memalingkan wajah manusia kepada dirinya, maka ia di NERAKA"
[Ibn Majah dan disahihkan oleh Sheikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah dalam Sahih at-Tarhib wat Targhib]
{[:-)#
Friday, 28 December 2012
Penyatuan Negara Arab - Kenapa Hasan Al Banna di bunuh?
Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.
IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948. Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.
Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.
British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya bertindak ke atas Ikhwan Muslimin. Mereka mendakwa kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.
Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan mujahidin Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.
Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.
Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.
Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.
Al Fatihah.. Semoga rohnya berbahagia di samping Sang Pencipta Yang Maha Mengetahui.. amin..
Thursday, 27 December 2012
SURAT UNTUK ABANG...
Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang
untuk bawa anak-anak balik ke kampung.
Abang tak perlu hantar ayang sebab
ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung
musim cuti sekolah ni dengan bas..
Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik.
Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...
Kereta baru abang tu mahal..
harga mencecah 100k barangkali..
Sebab tu abang sayangkan kereta abang
lebih dari ayang.. Sampaikan abang terlena
dalam kereta abang tu sejak abang beli
3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang,
nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang
hantaran yang ayah ayang letakan masa
kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih
mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang,
nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss
g.morning pun susah :(
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali
macam2 aksesori abang beli kat kereta,
ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis,
abang kata kena jaga maintainance.
ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa..
tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri.. :(
Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal
cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza
sekeping jer masa mengidam anak kedua kita
abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak2 sentuh sikit bodynya
abang marah anak macam nak makan,
ayang jatuh longkang boleh abang gelak
paling menyedihkan..
ayang tanya ngape tidur dalam kereta?
Abang jawab takut orang curi kereta abang..
kalau ayang kena curi?? :(
Ayang nak balik kampung dulu..
Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek dia..
tak nak naik kereta abang takut calar..
Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok,
sarapan ayang dah sediakan.
Ayang pi tak lama 2 hari nak sekolah bukak
ayang baliklah dengan anak-anak..
pesanan ayang...
DAN... YANG TERAKHIRNYA...
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.
Dari Ayang.
Wednesday, 26 December 2012
Salam,
Ni yang malas, kita layan baik, disalah tafsir. Dikata gedik.
Kita layan nak tak nak, serious, dia kata kita garang.
Aduhai, senang cerita, b4 you jump into conclusion, tanya macam ni.
> Awak layan saya baik ni, awak gedik ea?? Suka saya?
> Muka serious je ni, tak suka saya ea?
Dah dapat jawapan, baru puas hati kan?
Lepastu, kat fb, ramai friends opposite gender,
> Ha, budak ni confirm gedik.
Habistu, dah orang request, Karang x accept, kata sombong pula??
Manusia,manusia.
Suka sangat "mengata belakang" and "judge orang". Buat status, twit sini, twit sana. Adeh,
** Qul Al-hak walau kana murron. Face to face. Kan lebih baik. Tak buat dosa mengumpat. Orang berkenaan pun sedar kesalahan.
Bagi saya, yang suka cari masalah tak tentu pasal dengan orang lain, belum mature sepenuhnya.
Wahai orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita lain, boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama (panggilan) ialah (panggilan) yang fasik (jelek) sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.
Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
-Surah Al-Hujurat, 11-12
Benarlah kata-kata Allah itu.
* Kan bagus kalau post2 yang bermanfaat je, dalam group ni. Ni tak, post ilmu yang panjang2, tak layan. Malas nak baca.
Post hot2 je layan. Post ngata orang. Ngutuk orang.
Last but not least.
* Kepada yang ditegur, sama-sama kita berubah. Insyaallah, Allah masih sayangkan kita, tu sebab ada orang tegur.
Jangan duk marah2 n blame sana blame sini.
*Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada saya.
**Pesanan untuk diri saya juga.
Sama-sama kita berubah. WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH.
Manfaatkan keberadaan kita di UIA ni..
Sekian, syukran & wassalam.
Tuesday, 25 December 2012
Salahudin Al-Ayubi
Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.
Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.
Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.
Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).
Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.
Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.
Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.
Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.
Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.
Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.
Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.
Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.
Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.
Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.
Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.
Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.
Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.
Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.
Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan.
Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Thursday, 20 December 2012
Apakah kambing lebih besar didalam hati kita dibandingkan Allah ???
Suatu malam yang dingin hujan lebat ketika seseorang sedang tidur lelap tiba-tiba terdengar ringkihan suara kambingnya di kandang belakang rumah.
Embek..Embek..berulang ulang. Maka orang tadi pun risau takut kambingnya kenapa-napa, segeralah Ia tinggalkan tidurnya yang nikmat langsung datang ke kandang kambing.
Setelah kambingnya tenang maka ia tidur lagi, adzan subuh berkumandang bersaut-sautan dari mesjid dan mushollah, ia dengar.. tapi ia tetap tidur bahkan ambil bantal tutup kuping, selimutnya ditarik terus lelap sampai pagi.
Beginilah keadaan umat hari ini, kambing panggil dia datang tetapi Allah SWT panggil dia tak mau datang. Padahal Allah ingin muliakan dia, sementara kambing ingin hinakan dia.
Embek..Embek..berulang ulang. Maka orang tadi pun risau takut kambingnya kenapa-napa, segeralah Ia tinggalkan tidurnya yang nikmat langsung datang ke kandang kambing.
Setelah kambingnya tenang maka ia tidur lagi, adzan subuh berkumandang bersaut-sautan dari mesjid dan mushollah, ia dengar.. tapi ia tetap tidur bahkan ambil bantal tutup kuping, selimutnya ditarik terus lelap sampai pagi.
Beginilah keadaan umat hari ini, kambing panggil dia datang tetapi Allah SWT panggil dia tak mau datang. Padahal Allah ingin muliakan dia, sementara kambing ingin hinakan dia.
Wednesday, 19 December 2012
?:::ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA :::
Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama'
(Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!!
Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:
1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine,
walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..
Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..
2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..
3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.
kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.
di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..
SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!
*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..
*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH...
Tuesday, 18 December 2012
agama
"Islam? Islam tu takde kemajuan.. Islam tu kolot.. Kalau ikut Islam jerr, jatuh larr kemajuan.. Semua tak boleh.. Tu haram, ni haram, sana haram, sini haram.. Klau sume benda nak haram, macam mana nak maju?"
Itu lah kata-kata biadap dari segelintir orang kita.
Mereka fikir Islam itu ialah agama padang pasir yang menunggang unta dan memakai topeng ninja semata-mata.
Mereka fikir Islam mengajar untuk hidup cara orang padang pasir yang berpindah randah, makan belalang, tidur sebelah unta dan makan kurma sahaja.
Padahal mereka 100% SILAP!!
Islam itu agama yang sempurna. Ia meliputi semuanya. Kerana Islam ialah agama yang mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya. Islam mengajar cara hidup, cara berekonomi, berpolitik, ilmu sains, adap, akhlak dan pelbagai lagi.
Islam ialah satu-satunya agama yang mementingkan zahir dan rohani.
Seperti agama lain, Islam juga mengajar adab dan akhlak.
(memang ada segelintir Islam yang biadab dan kuangajarr)
"Don't judge a religion by its follower. Judge religion by its divine or holy book."
-Dr. Zakir Naik-
Bukti Islam itu sempurna,
1. PERSONALITI
Islam mengajar kita adab dan akhlak. Setiap umat Islam MESTI menjadikan nabi junjungan besar Muhammad SAW sebagai mentor dan ikutan. Kerana baginda ialah contoh terbaik. Tiada personaliti yang lebih baik dari Muhammad SAW.Jejaka yang sentiasa senyum, sentiasa berwangi, yang sentiasa bersopan, sentiasa jujur. Muhammad SAW ialah orang yang paling layak menjadi mentor.
(bukannya Mas Idayu, Hattan tu sume . tu mentor teriak-nyanyi buleh larr)
ini kah sbb islam mundur?
2. BERMASYARAKAT
Islam mengajar kita adab dari aspek demi aspek. Kita ada adab berjiran. Islam memperjirankan 40 rumah ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah, ke sisi, atau segala penjuru. Islam menggalakkan ziarah menziarahi sesama masyarakat tak mengira agama dan bangsa. Dan Islam menekankan perkataan Silaturrahim sehinggakan semua umat Islam dianggap bersaudara dan Al-Quran memanggil manusia dengan nama 'Bani Adam' yaitu anak adam. (kaum anak adam)
(tak perlulah lagi nk menamakan yg ni masyarakat india, yg ni cina, yg ni melayu, yg ni bajau dn sebagainya)
kerana kita 'Bani Adam'.
adakah bermasyarakat membuatkan islam mundur?
3.UNDANG-UNDANG
Sebelum adanya pelbagai undang-undang parlimen dan kanun-kanun di setiap negeri, Islam telah mengajar kita undang-undang yang dipanggil Hukum Hudud.. Bukan sahaja hukum ini, tapi ada juga hukum lain yang dipanggil hukum kisas. Hukum ini sememangnya adil. Semangnya hukum ini memberi hukuman yang berat, tapi syarat hukuman juga ketat. Contoh:
Orang mencuri potong tangan.
Jika pencuri mencuri kerana terpaksa, (kalau tak curi tak dpt duit beli makanan)
maka ia tidak di hukum.
Jika saksi, mesti ada sekurang-kurangnya 4 saksi.
(perlukah lagi segala kanun lanun yang ada jika kita ada hukum yang lebih adil)
Kini, Hudud tidak dijalankan di M'sia kerana mereka fikir hudud itu perjuangan parti.
adakah undangx2 membuatkan islam mundur?
4.BERPOLITIK
Islam menolak rasuah sekeras-kerasnya. Dan Islam juga sebenarnya ada sistem politik sendiri. Ia dipanggil sistem syura'.
Sistem Syura' mengatakan 2 perkara.
Allah ialah Al-Maliq (Raja Mutlaq yang empunya seluruh kerajaan)
Allah ialah Al-Hakam (Pengubal Hukum)
Sistem Demokrasi mengatakan 2 perkara yang berbeza.
Kerajaan ialah Al-Maliq
Parlimen ialah Al-Hakam
Islam mengajarkan cara berpolitik dan agama lain tidak. Ini menunjukkan Islam lebih maju dari apa yang mereka fikir.
adakah berpolitik membuatkan islam mundur?
5.BERNIAGA DAN BEREKONOMI
Islam menolak Riba' sekerasnya. Dan tidak boleh menipu di dalam jual beli. (menipu luar jual beli pon x bleh)
Dan sejak dari dahulu lagi, matawang kita ialah Emas, Perak dan Gangsa. (Dinar, Dirham, Fulus)
Ia ialah matawang yang terbaik sepanjang zaman. Quran mengsinonimkan emas dengan syurga sebagai nikmat di sana. Sehinggakan Nabi Sulaiman A.S yang memiliki kuasa empiyar terbesar di dunia tak tertanding pun masih mengekalkan penggunaan emas di zamannya. Kegemilangan empiyer dulu seperti Hindi, Melaka, Monggol dan yang lain-lain juga kerana ekonomi emas. Dan ia diteruskan pada zaman Nabi SAW, zaman Ar-Rasyidin, Umyyah, Abbasiyah dan seterusnya.. (tp x berkekalan skarang)
(tak tau larr knp skarang sebok nk tukar kertas dan besi biase jerr..bangge dgn Poundsterling, US Dolar, Euro Prancis dn sebagainya...)
adakah berniaga dan berekonomi tidak memajukan?
6.AKHLAK DAN ADAB
Islam mengajar kita untuk beradab dan berakhlak sentiasa.
Sehinggakan dalam perperangan juga ada adabnya..
Ada adab di tempat ibadat agama lain, ada adab bergaul dgn agama lain..
Ada adab antara pemimpin dengan pemimpin.
Islam mementingkan adab dan akhlak dlm segala hal.
Adakah adab membuatkan Islam tidak maju?
MENGAPAKAH ISLAM DIKATA KOLOT SELEPAS AJARANNYA MEMBAWA KEPADA KEMAJUAN?
Monday, 17 December 2012
aim
"If you going to be a doctor, don't aim to be a doctor. Aim to own a hospital. What you're gonna be a doctor for? You are the guy that cannot just gonna be a doctor. You are gonna run doctors without borders. You are gonna transform the medical industry. You have to clean up that industry."
"Think big. Don't think small."
[Al-Ustadh NAK]
Muslim perlu bercita-cita besar. Bukan sekadar untuk membentuk diri sendiri menjadi baik, tetapi lebih besar daripada itu, hendak mengepung dunia ini dengan kebaikan.
Hendak menuju semua itu, perlu bermula dengan usaha yang serius dan cita-cita yang tinggi.
Muslim, bercita-citalah !
Sunday, 16 December 2012
subhanallah
Salah satu bukti kehebatan khazanah Allah.
Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling.Usul ke-18 dalam Usul 20.
Hebatnya Allah.Allahuakhbar :)
Friday, 14 December 2012
think
If you going to be a doctor, don't aim to be a doctor. Aim to own a hospital. What you're gonna be a doctor for? You are the guy that cannot just gonna be a doctor. You are gonna run doctors without borders. You are gonna transform the medical industry. You have to clean up that industry."
"Think big. Don't think small."
[Al-Ustadh NAK]
Muslim perlu bercita-cita besar. Bukan sekadar untuk membentuk diri sendiri menjadi baik, tetapi lebih besar daripada itu, hendak mengepung dunia ini dengan kebaikan.
Hendak menuju semua itu, perlu bermula dengan usaha yang serius dan cita-cita yang tinggi.
Muslim, bercita-citalah !
SIFAT Terpuji
ini adalah salah satu keperibadian nabi Muhammad S.A.W
beliau tidak pernah membunuh perempuan dan orang yang tidak berdaya dalam peperangan baginda..
Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata: Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata: Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar: Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar! (H.R. Muslim)
Allahumma solli ala saiyidina muhammad
Thursday, 13 December 2012
ALLAHUAKHBAR
Ramai yg bertanya kepada aku
"Macammana Gaza bang?"
Dan aku sedar yang aku terpinga pinga nak menjawab soalan itu.
Nak kata "Ok", aku dah tengok kehancuran di sana.
Nak kata "Tak Ok" aku dah bertemu dengan orang-orang yang paling berani, paling peramah, paling mesra, paling bertaqwa, pendek kata orang paling indah di dunia.
Mereka sentiasa tersenyum apabila menyambut kita setiap kali kita bersua muka dan tak perlulah kita tanya samaada senyum mereka ikhlas atau tidak kerana tidak ada kesinisan di jiwa mereka. Raut wajah mereka membayangkan satu ketenangan yang sangat saya rindui. Ketenangan yg terpapar di seluruh Gaza. Walaupun serpihan bom merata rata, aku rasa seperti seorang anak kecil yg di jaga oleh ibunya. Selamat dan di sayangi. Hidup mereka hanya untuk mencari keredhaan Allah, untuk dekat dengannya. Walaupun begitu mereka bukan sahaja duduk di masjid masjid, mereka aktif di kota yg mereka cintai, sentiasa berusaha memperbaiki keadaan ekonomi palestine, memperbaiki kehidupan rakyat palestin. Sesungguhnya pada ketika ini mereka tak ada masa depan, jika kita mengikuti ukuran kejayaan kehidupan kita di Malaysia. Tapi mata ku tidak melihat seperti dulu. Aku cakap pada isteriku setiba aku kembali ke negara yang aku cinta ini, Mata aku dah lain, telingaku dah lain, lidahku dah lain dan hatiku dah lain. Aku melihat benda yg sama tapi aku tak nampak benda yang sama lagi. Apa guna kejayaan dan kekayaan jika tak ada Allah di sisi kita. Pada masa yg sama kejayaan kita akan lebih bermakna dan di berkati jika Dia bersama di sisi. Aku bukan orang alim, aku tak boleh nak quote ayat ayat quran untuk mengajar tetapi sekarang keredhaan dan keimanan yg aku cari dan akan terus aku perolehi. Kalau orang Palestin boleh sentiasa bersifat positif walaupun ditindas dan di tekan oleh israel, Aku pun mahu jadi positif mencari kebaikan dlm sesama umatku, aku akan buat yg terbaik untuk menghabiskan saki baki hidup aku sebagai seorang yg sentiasa membuat kebaikan untuk sesama saudaranya dan paling utama mendapat keredhaan Allah. Kita bantu rakyat kita yg memerlukan kerana sini bantuan boleh di hantar dgn segera dan ramai yang boleh melakukannya akan tetapi Palestin akan menjadi perjuangan jangka masa panjang aku. Seperti sahabatku sebelum ini aku pun dah jatuh cinta dgn bumi itu dan org orgnya. Insyaa allah aku akan kembali ke bumi barakah itu tak lama lagi. Aku Afdlin Shauki. Aku masih lagi anak seni. Aku masih akan menghiburkan selagi termampu, tetapi seniku bukan kosong, seniku mungkin bukan untuk semua tetapi seniku akan ada kebaikan untuk masyarakat dan manusia sejagat.
p/s dipetik dari kata-kata afdlin shauki ketika misi bantuan ke ghaza...
Wednesday, 12 December 2012
ILMU....
Pada suatu masa dahulu, ada 3 orang pemuda yang pandai dan tinggi pengetahuan mereka. Pemuda pertama dah belajar dari banyak universiti, dari yg dalam negara, sampai seberang laut,
hinggalah ke dalam laut. Pemuda kedua ni belajar di berbilang-bilang tempat dari Australia ke UK sampailah ke Timbaktu. Pemuda ketiga pun begitu lah juga, semuanya tinggi tahap ilmunya.
Tiba masa cuti universiti, mereka ni pun nak pulang ke kampung. Asal dari kampung yang sama mereka ni. Untuk ke kampung tu, diorang kena naik perahu merentas laut sebab kampung diorang kat pulau. Kebetulan mereka sampai ke jeti serentak, maka naiklah mereka bertiga dalam satu perahu yang sama dengan seorang pakcik pendayung perahu tu.
Dalam perjalanan, ketiga-tiga pemuda ni nak tunjuklah mereka pandai, dan cuba nak uji pendayung sampan. Pemuda pertama pun tanya pada pakcik pendayung.
“Pakcik… Pakcik tahu tak apa dia kamiran bagi x? Atau the integration of x?”
“Err, pakcik ni tak tahu apa-apa kemahiran lain, dayung sampan pakcik tahu lah”, jawab pakcik. Dia ingat kamiran tu kemahiran.
“Apalah pakcik ni, benda simple macam ni pun tak tahu. Integration of 2x is (x^2)/2?, balas pemuda pertama dgn bongkak.
Giliran pemuda kedua pula tanya. Pemuda kedua ni belajar medic.
“Pakcik… Pakcik tahu berapa BP normal kita?”
“Err, kalau nak ke BP tu arah sana. Batu Pahat dalam beberapa batu je dari sini”, jawab pakcik tu.
“Apalah pakcik ni, BP tu blood pressure, normal dalam 120/80?, terang pemuda kedua yang juga bongkak.
Pemuda ketiga pun teringin nak menunjukkan kepandaiannya.
“Pakcik… Pakcik tahu tak berapa ramai penduduk London?”
“Err, manalah pakcik tahu, nak.. Pakcik ni, London tu memang pernah dengar, tapi Kuala Lumpur pun pakcik tak pernah sampai”, jawab pakcik tu sedih.
“Apalah pakcik ni, London’s population dalam 8 juta orang”, jelas pemuda ketiga.
Lalu mereka bertiga-tiga ni pun mengetawakan pakcik ni sebab soalan-soalan mudah ni pun dia tak tahu. Ha ha ha.
Tiba-tiba, langit yang cerah menjadi gelap. Awan hujan mula berkumpul, angin makin kencang dan ombak makin mengganas.
Pakcik ni lantas bertanya kepada 3 pemuda ni. Satu soalan yang ringkas,
“Nak… anak bertiga ni tahu berenang tak?”
Ketiga-tiganya menggeleng serentak.
Lalu, ribut pun datang melanda dengan dahsyatnya, perahu yang diorang naik tu pun terbalik. Hanya pakcik pendayung perahu je yang selamat, ketiga-tiga pemuda tu mati lemas dilambung ombak.
Kesimpulan dari cerita ni, carilah ilmu yang boleh menyelamatkan kita. Ilmu yang dimaksudkan, terang ustaz tu, ialah ilmu agama. Itu yang akan menyelamatkan kita dari dugaan dunia dan menjadi pelindung di akhirat. Rugilah kita kalau kita asyik sangat kejar ilmu duniawi, dan bermegah-megah dengan apa yang kita tahu, sedangkan kita mengabaikan ilmu yang lebih penting, yang dapat menjamin kesejahteraan kita, semasa hidup dan selepas mati.
12 DISEMBER
Tanggal hari ini (12 Disember) pada tahun 1950,Tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu.Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di Singapura.
Sedutan daripada Tragedi 12 Disember
Pada tahun 1950..orang melayu tak ada pemimpin..negara malaysia pun belum ada waktu tu…orang melayu miskin pada masa tu tuan-tuan.. walaupun orang melayu pada masa tu miskin,tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah,
Orang melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang melayu di Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, orang melayu dari Perak dan Selangor tumpang kerata api barang untuk ke Singapura.
Pada tanggal 12 Disember 1950, , beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah,
Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British. Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha:
“kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah, aku akan tetap pergi…. dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan “demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini”..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu
#Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.
Tuesday, 11 December 2012
97% muslim yang gua jumpa bila ada org kirim salam, mereka akan jawab Wa'alaikumussalam. SALAH! Sebab apa? Saksikanlah sedutan drama Salehah, Karim dan watak sampingannya ialah Ina~
Salehah berkata, "Wei Karim, Ina kirim salam."
Karim akan menjawab.
"iya ke? WA'ALAIKUMUSSALAM."
Ok...
Nmpk mcm tak da masalah kan?
Tertanya2 kan apa masalahnya kan?
Ya. Memang ada masalah di sini...
=.="
Sebenarnya,jelas di dalam hadis Nabi SAW, nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam' tapi.....
" wa'alaika wa'alaihissalam "
Sebab apa?
Ina suruh Salehah tolong sampaikan salam kpd Karim.
Karim jwb " wa'alaikumussalam "
Sdgkan:-
Wa'alaikumussalam= SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS KAMU.
Jadi salam Ina kpd Karim tak terjawab kan? Sbb Karim doakan salam tu kepada Salehah padahal Salehah itu org tengah..
Manakala:-
Wa'alaika wa'alaihissalam bermaksud, DAN JUGA KEPADA KAMU DAN JUGA KEPADA DIA SALAM SEJAHTERA.
Maka salamnya terjawab.... ^_^
Indahnya Islam...
Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna MASIH BELUM JAWAB (^_^)
p/s: Berkongsi ilmu pengtahuan dengan org lain...
RICH or POOR
ALLAH menyukai orang yang miskin dan dia SABAR..
ALLAH juga sayang kepada orang kaya yang PEMURAH...
kalau diberi pilihan.....
miskin
atau
kaya??
mestilah kita memilih utk menjadi kaya...
tapi kena ingat....miskin tak semestinya tak bahagia..
selalunya orang miskin yang dapat merasai kebahagiaan lebih dari orang lain walaupun xde harta.....
orang kaya ada kelebihan dari segi harta yang dimiliki. mereka boleh bersedekah dan membantu orang yang susah.
JADI...kedua-duanya ada kelebihan kita harus bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan ...
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)



