nothing but anything
Translate
Sunday, 27 January 2013
Sabda rasulullah S.A.W. :
Perumpamaan petunjuk dan ilmu terhadap manusia. Dikaitkan dengan air hujan dan tanah. Ada 3 perumpamaan mengenainya :
1) Tanah yang menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan.
2) Tanah yang tak boleh menyerap air dan bertakung. Tapi manusia boleh mengambil air yang ditadah dan digunakan dalam kehidupan seharian.
3) Tanah yang menyerap air tapi sekadar hilang begitu sahaja tanpa menumbuhkan tumbuhan.
Jadi, di manakah kita?
Adakah yang pertama, kedua atau ke tiga?
Muhasabah diri.
Sunday, 20 January 2013
[Kepentingan Politik Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible]
Kerajaan telah meluluskan penggunaan nama Allah dalam Al-Kitab sebelum pilihanraya Negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu. Mana perginya mereka yang menentang penggunaan nama Allah ketika itu?
PAS pula berkata ketika itu tiada masalah untuk orang Bukan Islam menggunakan nama Allah dalam Al-Kitab dan kerajaan yang sama ketika itu mengkritik PAS di atas keputusan kepimpinan PAS tetapi kerajaan yang sama kuga meluluskan penggunaannya. Kenapa bersifat talam dua muka dalam isu yang sama?
Apabila isu ini timbul lagi baru-baru ini, Presiden PAS kata masih berpegang bahawa orang bukan Islam boleh mengunakan nama Allah dalam Al-Kitab. Ketika itu saya hormat sangat kepada PAS kerana teguh atas pendapat yang sama walaupun mendapat tekanan. Beberapa minggu kemudian, PAS kata tak boleh pula dah! Kenapa berubah pula? Selepas keputusan PAS tidak membenarkannya, penyokong PAS yang selama ini diam kerana ingin selari dgn keputusan pucuk pimpinan pula bersuara bahawa Ulama dalam PAS telah kata haram.
Persoalan saya di sini adalah, di mana perginya penyokong BN yang menentang penggunaan nama Allah ketika kerajaan membenarkan dan di mana pula penyokong PAS apabila fatwa berbeza dikeluarkan dalam isu yang sama?
Adakah mungkin demi kuasa, agama Islam diperkudakan dan penyokong parti politik dari BN & PAS telah diperbodohkan? Nilailah apa yang saya kongsikan ini dengan minda yang terbuka dan keluar dari lingkungan pemikiran ketaksuban parti politik.
# Penyokong BN, kalau benar kerajaan haramkan, bagaimana Al-Kitab berbahasa Melayu ada di pasaran? Mana perginya Ulama UMNO yang lantang mengkritik PAS kerana membenarkannya kerana kononnya PAS takut kepada DAP? Atau sekali lagi agama akan dipergunakan bagi melindungi BN dan tutup sebelah mata?
# Penyokong PAS, di mana suara anda yang memperjuangkan Islam apabila pucuk kepimpinan memberikan dua fatwa berbeza dalam satu isu yang sama? Adakah akan dicari dalil bagi menjustifikasikan tindakan ini demi parti tercinta?
Wallahualam...
p/s saya jangkakan merwka yang taksub parti politik akan membanjiri komen status ini dan mana-mana komen yang kasar dan terkeluar dari topik akan saya delete. Sebelum anda hentam parti lain, cermin dahulu parti kesayangan anda...
{[:-)#
Thursday, 17 January 2013
KISAH BENAR
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya
tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.
Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.
Wednesday, 16 January 2013
Solat Membuat Hatiku Tenang – Zinedine Zidane
Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.
Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga). “Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan ‘made in heaven’. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan,” ujar Andy di satu kesempatan.
Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.
Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.
Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).
Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan. Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.
Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. “Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, ”
Prestasi Zidane:
Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus
Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis
Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis
Liga Champions 2002 bersama Real Madrid
Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)
La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid
Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis
Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.
Pemain Terbaik Eropah pada 1998
sumber dari republika.co.id
Sunday, 13 January 2013
Formula Mudah Untuk Mengetahui Juzu’ Al-Quran Berada di Halaman Berapa
[admin dah cuba, memang benar formula ini, share ramai-ramai, semoga bermanfaat kepada seluruh umat Islam, cuma Juzu' 1 sahaja yang tidak boleh menggunakan formula ini, tapi takpe, sebab ianya dipermulaan Al-Quran]
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182
Saturday, 12 January 2013
liberal
Zaid Zainur Rashid
Idea MSIB
(orang yang tak faham tentang liberal boleh baca ini, sedikit pencerahan)
1. Liberalisma adalah falsafah yang meletakkan kebebasan mutlak individu sebagai nilai politik yang tertinggi. Tumpuan utama ialah hak kebebasan individu dan kesamarataan mutlak.
2. Maksud bebas ialah seluruh individu berhak melakukan apa yang ia suka dan berhak untuk menjadi siapa yang dia mahu. Kebebasan yang dianjurkan tidak tertakluk kepada penggunaan logik akal waras, apatah lagi peranan agama.
3. Mengikut logik akal waras, Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT) adalah satu perkara yang tertolak dan termasuk sebagai perkara luar tabiat. Namun menurut liberalisma, kehendak individu tidak boleh disekat, ia bebas melakukan apa yang disukai dan direla. Maka liberalisma menghalalkan perkahwinan antara jantina kerana itulah kehendak manusia tersebut terhadap dirinya. Atas alasan yang sama, pemilikan dan pengambilan dadah adalah tidak salah di bawah undang undang negara liberal (tetapi tidak boleh lebih had/menjadi pengedar), dan ibu bebas untuk melakukan penzinaan bersama anaknya sendiri jika keduanya rela. Kehendak mereka tidak boleh disekat oleh undang undang dan tidak boleh dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
4. Sepanjang sejarah sehingga kini, musuh utama kepada liberalism adalah Kerajaan dan Institusi Agama. Ini adalah kerana hanya dua perkara inilah yang sering menganggu kebebasan individu.
5. Negara liberal moden awal adalah Amerika Syarikat, yang didirikan di bawah prinsip
" Setiap manusia diciptakan sama taraf; bahawa mereka diberi oleh pencipta mereka hak-hak yang tidak boleh dinafikan; bahawa antara ini adalah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan; bahawa UNTUK MELINDUNGI hak-hak ini, kerajaan DIBUAT OLEH manusia, yang menggunakan kuasa mereka secara adil DENGAN IZIN mereka yang DIPERINTAH."
Ini adalah prinsip asas kepada liberal, dan melalui prinsip inilah akan terbentuknya undang undang, struktur pemerintahan dan sistem sosial di dalam sesebuah negara.
6. Fungsi kerajaan hanyalah mengurus kehidupan, menyelesai pertelingkahan dan tidak boleh menjalankan undang undang atau pemerintahan yang menyekat apa apa kehendak rakyat. Manakala institusi agama (jabatan atau NGO) juga tidak boleh mencemuh, mengongkong kehendak rakyat. Bahkan tidak boleh tegur sekalipun (walaupun sepatutnya ia sebahagian dari freedom of expression) kerana manusia berhak melakukan mengikut kehendaknya, dan menegur adalah lambang kepada sifat tidak terbuka, menafikan kebebasan milik individu dan akan digelar sebagai pelampau.
7. Boleh dikatakan liberalisma adalah falsafah pokok kepada LGBT, SIS, demonstrasi jalanan melampau dan lain lain aktiviti perjuangan kumpulan civil society.
8. Semasa revolusi Mesir, banyak provokasi provokasi telah dilakukan. Antaranya ialah peristiwa wanita arab yang menayangkan gambarnya telanjang di laman fb. Hala tuju revolusi yang ingin dibawa ialah kebebasan mutlak dan ketinggian nilai kehendak manusia. Negara liberal yang diidamkan tidak boleh menghalang kehendaknya yang rela menyebarkan gambar tidak senonoh itu. (Tak perlu search di google tentang berita ini, nanti keluar gambar, dosa)
9. Namun perbuatannya mendapat tentangan yang sangat hebat kerana majoriti rakyat Mesir ingin mengekalkan identiti ketimuran dan jati diri Islam. Tetapi perbuatannya disokong penuh oleh golongan liberal Mesir, terutama golongan feminist. Bahkan mereka menggelar perempuan itu sebagai 'revolutionary girl' bagi negara Mesir. Media liberal menyatakan sokongan penuh terhadap idea kebebasan ini, wanita wanita Israel juga telah membuat kumpulan rasmi menyokong tindakan itu dengan mengadakan protes secara berbogel sebagai provokasi dan menyatakan bahawa tindakan wanita itu ialah HAK peribadinya.
10. Selain itu, selama 20 bulan proses pindaan perlembagaan Mesir dilakukan, golongan liberal tidak habis habis berjuang untuk membuang peruntukan Islam di dalam perlembagaan, iaitu perkara 2 yang mengatakan islam sebagai agama negara dan bahasa Arab adalah bahasa rasmi negara. Ini kerana bagi mereka, peruntukan Islamlah yang menyekat kebebasan individu dan asas kepada kepincangan/ketidak adilan undang undang negara yang dilihat berat sebelah dan tidak terbuka. Namun pihak Ikhwan Muslimin dan golongan Islamis lain dengan keras mempertahankan artikel 2 tersebut, sehinggalah draf perlembagaan diserahkan kepada Dr Morsi tempoh hari.
11. Protes dan demonstrasi yang dilakukan oleh pihak liberal dan sekular sebenarnya adalah disebabkan ketidak puas hatian mereka terhadap dominasi islamis dalam perubahan negara sehingga menggagalkan mereka untuk merubah negara menjadi negara liberal democrat. Itulah pertembungan yang pasti. Rusuhan memuncak ketika dr Morsi mengembalikan kuasa penuh presiden(walaupun hanya buat sementara waktu) dan usaha dan pakatan untuk menjatuhkan dr Morsi masih diteruskan sehingga ke hari ini.
12. Secara umumnya, seluruh negara Islam yang mengamalkan konsep nasionalisma secular akan mengalami perubahan pada negaranya dek kerana kegagalan konsep itu dalam menyelesaikan krisis umat, dan konsep itu telah sampai kepada tarikh luputnya. Konsep ini akan berakhir dan ia akan digantikan dengan sebuah negara berkonsepkan perkara yang baru.
13. Malaysia tidak terkecuali. Malaysia pun sedang mengalami perubahan, dan pertembungan di antara hak dan batil ini telahpun bermula. Malaysia hari ini adalah negara yang belum habis dibentuk, dan barisan mana yang mempunyai kekuatan maka dialah yang paling berhak dalam mencorak rupa bentuk negara Islam Malaysia ini di masa hadapan. Barisan antara Islamis dan liberalis, bukan BN dengan Pakatan.
14. Isu isu seperti LGBT, IFC yang menuntut kebenaran kahwin campur dan penggunaan perkataan Allah dalam majalah Herald bahasa Melayu, Hak kesamarataan mutlak, hak bukan Melayu untuk memimpin, hak golongan minoriti, hak wanita untuk berpoligami, hak untuk murtad, permohonan keizinan syiah di Malaysia atas nama hak asasi melalui SUHAKAM, semua desakan desakan ini adalah buah kepada falsafah liberalisma yang mula mengakar.
15. Namun tuntutan tuntutan ini tidak dilaksanakan dan dapat dikawal kerana peruntukan Islam yang tertera di dalam perlembagaan negara. Tetapi ia tetap tidak boleh dianggap ringan, kerana usaha untuk menjadikan negara ini menyarungi konsep liberal telah sampai kepada mempertikaikan sendiri perlembagaan negara, dalam keadaan golongan tersebut tidak berkuasa lagi.
Friday, 11 January 2013
Satu perkara yang saya perasan di dalam beberapa kali kesempatan solat di Masjid India Kuala Lumpur ialah,setiap kali selepas solat maghrib,ada makanan beserta air percuma diedarkan. Manusia berbaris panjang sejak sebelum azan lagi,tanpa mengira bangsa dan agama.
Ini satu usaha yang sangat baik,menzahirkan peranan masjid di dalam menjaga kebajikan orang yang kurang berkemampuan. Ia juga mempamerkan imej Isla
m yang baik kepada orang ramai terutamanya orang yang belum Islam dan pelancong asing.
Disamping kita bising kepada pendakwah agama lain yang 'memurtadkan' orang Islam dengan cara memberikan bantuan kebajikan,kita juga perlu perhebatkan usaha memberikan bantuan kebajikan seperti ini.
Bahkan antara seruan Nabi SAW yang paling awal sewaktu masuk berhijrah ke bumi Madinah ialah "Wahai manusia,sebarkanlah salam,berikanlah makan,dan solatlah pada waktu malam tatkala manusia sedang tidur,maka kamu akan masuk ke Syurga dengan selamat sejahtera"
Subscribe to:
Posts (Atom)

